Sunday, January 17, 2010

mencuci mata~

niat hati hujung minggu ni nak rest2..tdo2 kat rumah..tapi malangnya aku dah diserang oleh raksasa2 dari kuching..sanggup drg drive dari kuching kul 5 pagi semata2 nak g cn..tapi ok laa..aku dah tensen even baru 2 mggu jadi cikgu..bebanan tugas membuatkan aku menjadi agak sot2..bayangkan aku dengan rela hati jaga pagar walaupun bukan aku yang bertugas (salah tengok jadual sbnrnya)..isk3..apapun..kita hadapi dengan senyum..tanggungjawab tetap dijalankan..ganbate!!!


best juga bintulu ni..walaupun kami sesat pusing2 x jumpa jalan..tapi orang dia baik2 juga..ada 1 pacik tu dengan baik hatinya kasi tau kami mana tempat makan..mana tempat tgk wayang..walaupun kami x tanya..ketara sangat kut muka blur kami ni..hehe

bangun pagi..kami g sarapan kat restoran Lesung..ble tahanlaa makanan dia..harga pun ok laa..then amik kesempatan g beli buku n minta buku untuk mngajar nnt sambil tggu keta nua kena cuci..punya sandi tu lelaki..kotor ckit pun kecoh 1 dunia..huhu


gambar sebelum g sarapan..



tu naa..restoren lesung..hehe

pastu kitorang g bintulu waterfront..panas betul kat sana..cantik tapi xda apa sana..pastu g pantai tanjung batu..sini best gla..cantik..ada tempat makan..ada tempat duduk..ada tempat cantik mo amik gambar..hehe



ni kat bintulu waterfront..nua x jadi bunuh diri..takut mati lemas..hehe



merajuk kena bawa blik..hehe



menggapai bintang..hehe



ciri - ciri adik derhaka..kompom x masuk surga..hehe



macam dalam taman2 kan..cantik..



nua concentrate korek isi kelapa..dahaga gila..panas betul kat sini..



abc spesel..sebelum di habiskan..hehe



ini rojak buah..tapi tetiba ada tauhu..apa kaitan tauhu dengan buah???



monyet2 yang terlepas dari sangkar..hehe



pose ayu dari tuan pny blog..ayu ke?hehehe

banyak lagi gambar..tapi x larat nak upload..nnt suh dayah upload kat fb dia..aku mcm biasa..mls mo upload gambr..penantian itu suatu penyiksaan..hehe..ready utk mengajar esok..doakn aku dapat jadi cikgu yang baik wpun agak garang..garang ada sebab tau..hehe..assalamualaikum~

Saturday, December 26, 2009

First Time Nampak Kongkang~

Assalamualaikum

Mentang - mentang aku cuti panjang..blog aku ni pun cuti panjang juga..kemalasan tahap dewa untuk mengupdate..menjengah pun tidak..lagi - lagi bila tengok channel AXN yang tengah kasi main CSI..jangan harap laa aku nak pandang laptop n broadband yang ampai - ampai atas meja..tak kuasa..aku lagi rela berlapar dari terlepas tengok CSI..obses gila..hehe

Last week aku ngan family g zoo kat Lok Kawi..bawa Dina jalan - jalan..sekurang - kurangnya bila cikgu dia suruh buat karangan 'Kenangan Semasa Cuti Sekolah'..ada juga modal dia nak menulis..tu kan tajuk karangan wajib sekolah rendah..tapi aku rasa kalau dia nak tulis karangan tu..mesti dia tulis dulu peristiwa kena belasah ngan mak n kakak dia sebab degil xnak mandi..hehehe
 


abah n dina semangat nak g tengok binatang..mak pula asyik tengok bunga..mak..kita datang zoo tengok binatang..bukan bunga..huhuhu



mak n nisah nak berlumba sape sampai dulu g tengok kongkang..



 
kongkang untuk ditonton..diorang x peduli pun kena tengok..buat bodoh ja ni..



aku tau aku cantik..nda payah laa ko mo senyum2 sana bergambar..kejam eh merak ni..cheh



nak amik gambar binatang bertanduk tu sebenarnya..tapi kami plak yang over tayang muka..huhu



ketiak abah kena cium anak kuda..lepas tu tiba - tiba ja anak kuda jatuh pengsan..isk3



amboi c pacik..lembut ja tangan nak pegang kuda tu..ngan aku..siap angkat tangan tinggi2 lagi..cis!


 
minta maap kak ika..xda plak gambar ko sini..huhuhu



alamak..camne boleh terlepas dari kandang ni..hahaha



menyebok ja budak kecik ni..



iyaa2..aku tau kaki dia lagi sopan dari kaki aku..

lawatan berakhir pada jam 4 petang..sekian Karamsigh Walia melaporkan untuk TV3..pantun xda..habis idea arini..hehehe

Thursday, November 5, 2009

aku tergolong dalam~

Assalamualaikum..

Dah lama blog ni tak berusik..malas betul nak mengarang ayat..hehe..Tadi teman marin g JKS..jumpa mejar yeap untuk dapatkan sukatan pelajaran time pra dulu..pastu ternampak kat dinding dia ada lekat benda alah ni..sebenarnya dah lama jumpa ayat - ayat ni..ada kena lekat kat dashboard sebelah tangga kat stor induk tu..rasa bermakna betul ayat ni..


TABIAT KERJA
Rajin Bekerja + Rajin Bercakap = Bagus
Rajin Bekerja + Malas Bercakap = Kena Buli
Malas Bekerja + Rajin Bercakap = Main Wayang
Malas Bekerja + Malas Bercakap = Tak Guna
Malas Bekerja + Suka Mengadu = Kaki Ampu
Malas Bekerja + Suka Ponteng = Baik Berhenti
Malas Bekerja + Jadi Parasit = Elok Dipecat

Aku rasa aku aku tergolong dalam yang kedua tu 'Rajin Bekerja + Malas Bercakap = Kena Buli'..hambik ko aku perasaan rajin kerja..tapi betul apa..aku rajin..perasaaaaaannnn..hehehe

Bukan malas cakap..tapi kadang - kadang bila banyak sangat cakap ni..kerja tak jalan pun..promosi diri ja lebih..pastu nanti bila kerja tak bagus mana..orang keliling mula kutuk..mula lah nak terasa hati..merajuk sana sini..betul tak?jadi..lagi baik diam - diam..sekurang - kurangnya orang pun takda modal nak kutuk kita lebih - lebih..

Tapi aku setuju sangat bab 'kena buli' tu..ni terpulang pada pandangan masing - masing..kalau ko rasa ko kena buli..kena buli laa..kalau ko rasa tak..tak laa..yang penting..apa pun buat betul - betul..sape setuju?angkat tangan..hehe

Monday, October 5, 2009

Mengapa Kita Kena Posting Awal???

Tanjong Malim, 4 Oktober – Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010.


Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa semalam.

Dalam pada itu katanya, pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.

Beliau pada awalnya mengambil langkah untuk tidak mengumumkannya kepada pelajar kerana bimbang menjejaskan motivasi pelajar untuk meneruskan pengajian namun bertukar fikiran dengan mengumumkannya semalam kerana beranggapan perkara tersebut harus diketahui semua pihak sebagai langkah persediaan.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan penempatan untuk graduan pada tahun ini tidak mengalami masalah kerana tindakan membekukan penempatan tersebut hanya bermula tahun hadapan.

Beliau walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan bertulis berkenaan perkara tersebut dan hanya diselitkan dalam ucapan perasmiannya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang mahasiswa UPSI mendakwa menerima mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada rakannya dari sebuah IPG mengatakan perkara yang sama minggu lalu. Katanya dalam e-mel yang dihantar ke upsikini@gmail.com, pelajar terbabit mengatakan keluaran UPSI dan IPTA lain yang tamat pengajian bermula tahun hadapan, perlu menunggu selama 2 tahun sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah.

Tambahnya, pelajar IPG yang dijadual ditempatkan ke sekolah-sekolah pada tahun hadapan akan diawalkan penghujung tahun ini bersama-sama dengan keluaran UPSI dan IPTA lain yang bergraduat pada tahun ini.

Keadaan ini menurutnya mempunyai kaitan dengan masalah yang berlaku apabila lambakan graduan pendidikan di seluruh negara.

Mengulas tentang perkara tersebut, Exco Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nur Aqilah Hanis berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut daripada TNC Akademik sendiri supaya tidak berlaku kekeliruan.

“Isu ini boleh menjadi isu nasional, bukan hanya melibatkan UPSI sahaja, jadi lebih baik kalau saya dapatkan dulu penjelasan secara terperinci daripada Prof. Dr. Zakaria dan Bahagian Akademik supaya maklumat sebenar dan tepat diperoleh sebelum saya mengulas lanjut.

“Kita tak mahu isu ini menjadi sebab untuk kita bertelagah, apa yang penting selepas kita mendapatkan maklumat tersebut, kita akan fikirkan penyelesaiannya. Jadi semua pihak diharap dapat bersabar”, jelasnya.



TQ for Kak Shima for the info~

Tuesday, September 15, 2009

aKu kAt rUmaH!!!

Assalamualaikum..
Senangnya dalam hati..bila kat rumah lagi..hehehe..akhirnya aku sampai kat rumah..gembira - gembira..hari ni banyak dapat khabar pasal posting kami dari en.Lucas..kami sangat kesuntukan waktu untuk habiskan pengajian..hantar tugasan..exam..KISSM..kursus dadah..kuliah..macam - macam lagi..tapi  yang penting..kami akan posting 1 December 2009..tahun ini k..aku akan jadi cikgu 'real'..disebabkan kerajaan tak cukup duit untuk postingkan kami tahun depan..jadi kami akan posting tahun ni..lapor diri ja..mengajar tahun depan laa..tapi..yang paling best..gaji start bulan 12..hehehe
Esok akan start kemas rumah..bersama adik - adik tercinta..jangan harap diorang boleh lari..hahaha..c apis baru balik dari Sarawak..aku tanya apa dia bawa balik untuk aku..jawapannya..hampeh..takde apa - apa..bawa gambar satu folder ja untuk tayang ngan aku..chess..sebagai hukuman..aku akan upload gambar - gambar yang dia amik kat sarawak..buat macam harta aku sendiri..hik3

Dia perasaan dia potograper hebat.. (aku jeles)
konon - konon concentrate..tahan kentut sebenarnya..
boypren dia..c apis g sarawak ngan budak ni..tak sempat tanya sape nama dia..
Pose paling romantik..haha
Kempunan jadi maritim..naik kapal je laa yek..
Ngan abang ipar 'on the way'..ko nak terberak ke bang?
Ok..ni post yang paling aku suka..ayu gitu..kakak dia pun kalah..hehehe
Banyak lagi gambar..lain kali laa upload..nak masak..lapaaaarr..hehehe..daaaaa~

Monday, September 14, 2009

maRi maKan duIt aDik..


Assalamualaikum..

Macam kejam ja tajuk entry aku ni..mari makan duit adik..itu memang hobi aku..yelaa..bila lagi adik - adik nak balas jasa kakak yang dah banyak mengalah dengan diorang kan..haha..(xde kejenya aku nak mengalah ngan korang..aku kan kakak sulung..jadi semua mesti ikut cakap aku..dina..jangan perasaan akak akan mengalah ngan ko..hahaha)

Aku boring tahap gaban..aku nak balik..aku nak raya..hari ahad aritu..celik mata ja aku terus kasi keluar beg..terus aku packing..betapa semangatnya aku nak raya kali ni..padahal nak balik hari selasa..macam laa aku balik naik flight nak packing awal - awal..peduli laa..yang penting aku nak balik..tak sabar - sabar dah nak buka langsir ganti ngan yang baru..nak mop lantai..nak gosok tiang - tiang kat rumah tu..macam rajin sangat bunyi dia kan..alasan ja baa tu..aku dah kemaruk nak raya sebenarnya..hehehe

Kali ni aku nak post cara - cara macam mana kami sekeluarga kasi habis duit gaji pertama adik lelaki aku..duit gaji pertama aku..tak yah tanya..aku taknak kasi tau..nanti semua orang nak join sekaki tolong kasi habis..hehe..
 
Nampak tak muka kenyang mak, abah ngan ika..mak sampai terganga - nganga..ika mampu peace ja..tak dapat bercakap dah..abah sampai berkerut dahi makan.. buruk lantak betul sorang - sorang..selamat kat tempat aku ada Kentaki Pred Ciken ja..kalau ada secret resepi ke..restoren jepun yang makan dua orang pun dah RM50..mau kopak poket c apis malam tu..

Sesi bergambar selepas kenyang..kalau terer..sila susun ikut turutan dari kakak pegi adik..hadiah lumayan disediakan..hehe
Gambar ini tidak bertujuan untuk menayang muka..tumpukan perhatian anda pada botol sos dan cawan yang telah kosong..anak - anak dara pak latip memang agak pelahap (kecuali aku..sebab tu aku slim river..hahaha)
Inilah family aku..lapan orang semuanya..dua ja kumbang..yang lain semua bunga.eh..jap..salah - salah..tu bukan adik lelaki aku..tu adik ipar 'on the way'..nua..jangan harap kakak iktiraf ko sebagai adik ipar selagi kereta kancil lum ada depan mata (senang - senang nak langkah aku..ingat aku kasi free ja ka..cincin - cincin tak main laa sekarang ni..kereta beb..selamat kakak minta yang kecik ja..berhati perut juga tau aku..hehehe)

 
Yang ni baru adik aku..dia memang tak ensem..muka buruk..kakak dia ja cantik..dia tak..hehehe

 
Ni laa ciri - ciri adik durhaka..bapa ko bayar zakat..suka - suka ko ja nak main kepala abang ngan kakak ko..ni ke yang ko belajar kat sekolah agama?wakaka..gambar terbaik yang ada dalam simpanan..yang lain semua buat muka macam penyu tercekik kertas..mak aku pun dah bising - bising kenapa tangkap gambar buat muka buruk..kami kan rock mak..like mother like daughter..xde kaitan..mak aku lemah lembut k..hehehe

Alasan sebenar aku buat entry ni ialah..aku rindu muka - muka ni semua..tak sabar nak tengok diorang nangis di pagi raya..setakat ni..aku sorang ja kebal tak nangis bila sesi salam menyalam..tunjuk tabah laa konon..pastu sorok - sorok nangis dalam tandas..tak cun laa nangis depan orang..hik3

Selamat Hari Raya semua..kepada kawan - kawan terutamanya kawan - kawan sekelas..PISMK OUM..aku minta maaf zahir dan batin..minta halal makan - minum..untuk kawan - kawan kat majakir dulu..geng - geng kamcing..amy, jiah, ct..minta maap..aku selalu sibuk..sampai takda masa layan korang..untuk c pacik..nanti kita bincang pasal dosa yang mau dikasi ampun ek..untuk adik beradik..mak ngan abah..nanti pagi raya kita settlekan k..(macam ucapan hari raya dalam surat khabar plak..hehehe) dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tak langsung..minta ampun..zahir..batin..

Tuesday, September 8, 2009

AlaMak..tErKeNtUt!!!

Assalamualaikum..

Anda pernah kentut?Jangan tipu..semua orang pernah kentut selagi dia hidup..bezanya berbau atau tidak..berbunyi atau senyap..umum tahu yang kentut senyap biasanya lebih berbau berbanding kentut yang berbunyi (tipu laa tu kalau tak tau..macamlaa tak pernah buat..haha)..kenapa cerita pasal kentut?Sebab..hari tu kat kelas masa sir DD cakap nak tunjuk slide pasal kentut..classmate aku semangat betul nak tengok..malangnya takde dalam pendrive sir..sir kata setiap cara kentut tu ada makna..aku cari kat internet pasal makna dari sudut kesihatan tak jumpa plak..yang lawak - lawak punya adalaa..tapi aku jumpa info ni..dah lama aku hidup kat dunia ni..aku tak pernah ambik tahu pun pasal kentut ni..sedangkan kentut dan manusia ibarat irama dan lagu..tak boleh dipisahkan..setuju???

Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup.